Friday 3 June 2016

KANDUNGAN ALOE VERA GEL

KANDUNGAN FOREVER 
LIVING ALOE VERA GEL/
SIJIL HALAL

Asid Amino-Asid Amino ialah bahan asas protein yang digunakan
 oleh badan untuk membina sel dan tisu.

Antrakuinon-Dalam kepekatan yang amat kecil seperti yang terdapat
 dalam gel aloe vera dan bersama-sama dengan bahan-bahan
 kandungan aloe vera yang lain, antrakuinon mempamerkan 
aktiviti-aktiviti antibakteria, antikulat dan antivirus.(Secara 
tersendiri, pada umumnya antrakuinon adalah pelawas 
dan mungkin toksik pada kepekatan yang tinggi)

Enzim-Secara umumnya enzim-enzim adalah pemangkin bagi 
proses-proses metabolisme, yang menolong menghuraikan gula
dan lemak makanan, membantu penghadaman dan
 mempertingkatkan penyerapan nutrien

Hormon-Hormon tumbuh-tumbuhan ini mempamerkan sifat-sifat 
pemulihan luka dan anti keradangan

Lignin-Lignin ialah sejenis bahan berasaskan selulosa yang 
mempunyai daya penembusan yang tinggi. Ia boleh berfungsi
 sebagai pembawa nutrien-nutrien yang lain, dengan itu 
menolong mempertingkatkan keberkesanan dengan membawa
 nutrien-nutrien lebih jauh ke dalam tubuh badan kita.

Mineral-Mineral ataupun garam galian adalah diperlukan untuk 
kesihatan yang baik. Secara umumnya ia diperlukan untuk 
beribu-ribu proses dalam badan kita. Beberapa mineral juga 
diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat
Monosakarida-Gula ringkas

Polisakarida-Mempamerkan sifat-sifat perangsang-imun, iaitu 
ia dipercayai boleh menolong merangsangkan penghasilan 
antibodi dan sel darah putih. Juga mempunyai tindakan anti
 keradangan yang boleh menolong mengurangkan penyakit 
sendi/artritis dan keadaan-keadaan keradangan yang lain.

Asid Salisilik-Sejenis sebatian bersifat analgesik iaitu boleh 
meredakan kesakitan.

Saponins-Saponins ialah sejenis bahan seperti sabun 
yang boleh menolong membersihkan tisu badan.
 Ia adalah sedikit antiseptik.

Sterol-Secara umumnya, sterol tumbuh-tumbuhan ini ialah anti 
keradangan. Lupeol juga mempunyai sifat-sifat analgesik
 dan antiseptik

Vitamin-Vitamin A, C dan E adalah antioksidan yang boleh 
menolong meneutralkan radikal-radikal bebas. Vitamin B-
Kompleks dan choline diperlukan bagi metabolisma asid 
amino manakala asid folik


SIJIL HALAL

No comments:

Post a Comment